AL-SYUMUL (HOME)

Badan Khairat Kematian

Kata Aluan Pengerusi Surau | Sejarah Surau | Ahli Jawatankuasa | Badan Khairat Kematian | Kelas Pengajian

PERATURAN-PERATURAN BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-SYUMUL

Surat Pekeliling | Peraturan | Borang Keahlian | Ahli Jawatankuasa Khairat

FASAL 1 :

PENAUNG
Badan Khairat Kematian ini dinaungi oleh SURAU ALSYUMUL. BANDAR RINCING.     

FASAL 2 :

NAMA
Badan ini dinamakan ‘ BADAN KHAIRAT KEMATIAN  SURAU AL-SYUMUL,  BANDAR  RINCHING  SEMENYIH ‘

FASAL 3 :

JAWATANKUASA
Jawatankuasa Khairat ini terdiri daripada AJK  Surau Al-Syumul , Bandar Rinching. Semenyih.       

FASAL 4 :

SYARAT KEAHLIAN

  1. Ahli adalah terdiri daripada orang Islam yang bermastautin di qariah Bandar Rinching , Semenyih.

  2. Seseorang ahli baru hendaklah mengisi borang yang disediakan oleh Badan Khairat ini dan dimestikan membayar bayaran Pendaftaran sebanyak sepuluh ringgit sahaja. ( Pendaftaran : RM 10.00 sahaja). Manakala yuran RM 3.00 (Tiga Ringgit) pada setiap bulan atau (RM 36.00 setahun) dengan tidak mengira berapa ramai ahli/tanggungan yang meninggal pada bulan tersebut.

  3. Seseorang ahli hanya boleh mewakili satu keluarga di bawah tangungannya, isteri/suami, anak-anak yang  masih bujang, ibu bapa serta ibu / bapa mertua serta keluarga terdekat yang tinggal bersama sahaja.

  4. Ahli yang gagal menjelaskan yuran sebanyak  enam  (6) bulan berturut-turut, akan digantung keahliannya setelah diberi surat peringatan. ( Ahli berkenaan tidak berhak  mendapat sebarang bantuan ) jika berlaku  kematian.

  5. Ahli yang berpindah masih boleh kekal menjadi ahli dengan syarat yuran bulanan terus dijelaskan dan alamat baru hendaklah diberitahu untuk mudah dihubungi.

  6. Jika sekiranya tetamu dari luar  mukim Semenyih datang ke rumah ahli dan meninggal serta mayatnya  dikebumikan di tanah perkuburan  Rincing Hulu / Semenyih maka badan Khairat Kematian  akan mengeluarkan separuh  daripada peruntukan bantuan ahli.

  7. Bagi kanak-kanak yang meninggal sebelum berumur 12 tahun (tiada kad pengenalan) , bantuan akan diberi separuh daripada peruntukan bantuan.

  8. Sekiranya ahli yang berhasrat untuk menarik diri daripada menjadi ahli seterusnya ,maka ia tidak boleh  menuntut  semula segala yuran yang telah dibayar.

  9. Sekiranya  timbul apa-apa masalah berhubung dengan tafsiran atau peraturan badan ini,  keputusan  AJK Surau adalah muktamad.

FASAL 5 :

ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Pengurusan Kubur      RM 120.00
2. Kain Kapan            RM   90.00
3. Papan              RM   60.00
4. Kereta Jenazah               RM   40.00
5. Mandi Jenazah           RM   60.00                        
6. Belanja Tambahan                   RM 130.00
-------------
JUMLAH    RM 500.00
===========

 Jika berlaku kematian tuan / puan boleh hubungi dengan AJK di bawah :

1. Ust. Ahmad Thalal b. Hassan ( Pengerusi Surau)  8138890
2. Ust. Kamaruddin b. Salleh (Tim. Pengerusi Surau) 8131293
3. Cikgu Mohd Thani b. Mohd Ibrahim (Setiausaha Surau)               8131513
4. Cikgu Jamalulai b. Hashim (Bendahari Surau)               8131297
4. Cikgu Mohamad b. Abdullah   (Pengerusi Biro Kebajikan)              8139039

Kata Aluan Pengerusi Surau | Sejarah Surau | Ahli Jawatankuasa | Badan Khairat Kematian | Kelas Pengajian | Kembali Ke Atas

Hakcipta 2000 © Surau Al-Syumul Bandar Rinching, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
All rights reserved. Site by : azezul@tm.net.my

Latest update : Sunday, May 14, 2000 09:20:53 PM