AL-SYUMUL (HOME)

Badan Khairat Kematian

Kata Aluan Pengerusi Surau | Sejarah Surau | Ahli Jawatankuasa | Badan Khairat Kematian | Kelas Pengajian

SURAT PEKELILING BADAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-SYUMUL

Surat Pekeliling | Peraturan | Borang Keahlian | Ahli Jawatankuasa Khairat

Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian,
Surau Al Syumul, Bandar Rinching.

43500 Semenyih.

Kepada,
Semua Penduduk Islam ,
Seksyen 1, Bandar Rinching.

Keahlian Badan Khairat Kematian Surau Al Syumul Bandar Rinching.

Terlebih dahulu izinkan kami AJK Surau Al Syumul mengucapkan salam sejahtera dengan iringan doa agar tuan / puan sekeluarga sentiasa mendapat hidayat dan rahmat dari Allah s.w.t.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat AJK Surau pada 26 November 1998 tahun lepas,  kami telah bersetuju menubuhkan ‘Badan Khairat Kematian Bandar Rinching’ bertujuan memudahkan pengurusan jenazah seperti pengurusan tanah perkuburan, memandi, mengapan dan kereta jenazah. Semua urusan tersebut akan dikendalikan oleh Badan Khairat Kematian ini.

3.    Oleh yang demikian, pihak Surau amat mengalu-ngalukan tuan/puan menjadi ahli badan ini demi kepentingan pihak keluarga tuan/puan seandainya berlaku kematian di kalangan keluarga tuan/puan.

4.        Sehingga hari ini lebih kurang  60 orang ahli sahaja yang  telah mendaftar sebagai ahli badan ini  sedangkan  anggaran keluarga muslim yang tinggal di Bandar Rinching ini  melebihi 200 keluarga.

5.    Bersama siaran ini dikepilkan Borang Keahlian dan Peraturan-Peraturan Badan Khairat Kematian, senarai Nama AJK Khairat Kematian Surau Al-Syumul dan Ketua-ketua Blok.

6.    Borang Keahlian yang telah diisi boleh diserahkan kepada Ketua Blok masing-masing.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan mengenai perkara ini, kami AJK Badan Khairat Kematian Surau Al-Syumul terlebih dahulu mengucapkan  ribuan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas, 

................................................
(Mohamad bin Abdullah)
Pengerusi Biro Kebajikan,
Surau Al Syumul

Kata Aluan Pengerusi Surau | Sejarah Surau | Ahli Jawatankuasa | Badan Khairat Kematian | Kelas Pengajian | Kembali Ke Atas

Hakcipta 2000 © Surau Al-Syumul Bandar Rinching, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
All rights reserved. Site by : azezul@tm.net.my

Latest update : Sunday, May 14, 2000 09:20:14 PM