Nasihat Baginda Rasulullah
s.a.w.
"Allah
tidak akan memandang solat seseorang yang mana hati dan badannya tidak hadir di situ"
"Barang siapa
solatnya tidak boleh mencegah kekejian dan kemungkaran, maka dia hanya bertambah jauh
daripada Allah."
"Jika ada
seorang keluar dari rumahnya menuju masjid, maka setiap langkah yang dilangkahkan akan
dicatat sebagai kebajikan dan akan dihapuskan dosanya"
|
|
KELAS PENGAJIAN DI SURAU
AL-SYUMUL
1. Kuliah Tafsir Al-Quran
Hari Isnin
(selepas solat Maghrib)
2. Kuliah Aqidah
Hari Rabu
(selepas Solat Maghrib)
3. Kelas Tajwid
Hari Khamis
(selepas Solat Isya')
4. Kelas Bahasa Arab
Hari Isnin
(selepas Solat Isya')
|
BADAN KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-SYUMUL |
Badan Khairat Kematian telah ditubuhkan untuk jemaah qariah
Bandar Rinching.
Kepada seluruh jamaah pendaftaran sebagai ahli adalah dialu-alukan.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila hubungi AJK di bawah :
1. En. Kamaruddin Salleh
(Pengerusi Surau) 03-8131293
2. En. Abdul Rahman Mohd Yusof
(Tim. Pengerusi Surau)
03-8131542
3. En. Mohd Thani bin Ibrahim
(Setiausaha)
03-8131513
(Setiausaha)
03-8131513
4. En. Mohd Abdullah
(Pengerusi Biru Kebajikan)
03-8139039
|
|
|
mimbar
Assalamualaikum w.b.t.Muslimin,
Muslimat yang dirahmati dan diberkati Allah, khususnya jamaah kariah Bandar
Rinching. |
 |
|
Bulan Ramadhan dan juga Syawal telahpun
berlalu. Betapa kita pada malam-malam
bulan Ramadhan itu bersama-sama memenuhi ruangan surau untuk beribadat dan mencari
keredhan Nya, tambahan kepada ibadat puasa yang kita kerjakan di siang
harinya. Alhamdulillah, segala ujian Ramadhan dapat kita atasi
sepenuhnya, seterusnya merayakan
kemenangan kita pada bulan Syawal.
Akan
tetapi, prestasi cemerlang kita terhadap rumah Allah ini nampaknya semakin
berkurangan, seolah-olah kunjungan ke rumah Allah hanyalah "kunjungan
bermusim". Lantaran itu, Suara Al-Syumul kali ini mengajak
tuan-tuan untuk mengimbas kembali kewajipan kita sebagai hamba Allah dan tugas kita yang
sebenarnya (ketika diutus ke dunia) iaitu beribadat kepadaNya. Dan sebaik-baik serta
selayak-layak tempat ibadat bagi seorang lelaki ialah di masjid atau di
surau. Oleh itu
marilah kita makmurkan kembali surau kita ini dan jangan jadikan diri kita sebagai salah
seorang daripada orang yang memalapkan cahaya keceriaannya (dengan menguzurkan diri
dari mengunjunginya).
- Insya Allah.
Dari
Mimbar Al-Syumul. |
PETIKAN HADITH
Maksud Hadith
Rasulullah s.a.w. :
- Jauhilah perkara-perkara
haram, nescaya kamu
akan menjadi hamba yang paling taat.
- Redhalah dengan apa yang Allah kurnikan kepada kamu nescaya kamu akan menjadi orang yang
paling senang/kaya di kalangan manusia.
- Berbuat baiklah kepada
jiran, nescaya kamu akan menjadi mukmin sejati.
- Cintailah sesuatu untuk berlaku kepada manusia sepertimana kamu suka perkara itu berlaku
kepada kamu (begitu juga sebaliknya) nescaya kamu menjadi musli0m sejagi dan jangan kamu
banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa yang berlebihan akan mematikan
hati.
(Hadith riwayat Imam Ahmad dari
Abu Hurairah)
|
|
sejarah
IMBASAN
KEMBALI ........
Sejarah awal
Surau Al-SyumulUntuk keluaran kali ini ada eloknya dicoretkan sedikit sejarah
latarbelakang Surau Al-Syumul Bandar Rinching Seksyen 1. Pembinaan sebuah tempat ibadah
adalah dituntut dalam Islam demi meningkatkan syiar serta tuntutan agama khususnya bagi
masyarakat Islam di tempat kita.
Sepengetahuan yang masih
diingati, tempat
asal Surau kita terletak di sebuah rumah sewa di Jalan 1/4B pada bulan November 1996.
Walaupun ruangnya agak sempit tetapi ianya menjadi lambang permulaan solat berjemaah buat
qariah kita. Pada masa itu umat Islam berada di ambang permulaan Ramadhan 1416
Hijrah. AJK
penaja pada masa itu adalah terdiri daripada saudara Abdul Aziz Ibrahim selaku
Pengerusi,Setiausaha saudara Abd. Rahman dan Bendahari saudara Syed
Jobok. Ustaz dan imam
pula terdiri dari Ustaz Kamaruddin dan Ustaz Abdul Halim Lebai Din. Beberapa AJK yang
masih dapat diingati termasuklah saudara Jamalulail, pak Ali, Abang
Rahim, abang Mustapha,
saudara Thani, saudara Shafiee, saudara Ahmad Shawal dan saudara
Noorzaimi.
Surau Al-Syumul
bertukar tempat
selepas beberapa hari bulan Ramadhan bermula ke kawasan rumah kedai di alamat No. 69,
Jalan 1/1A, Bandar Rinching dengan kerjasama dari pihak pemaju Rhombus
Bina. Maka
bermulalah satu lagi penghijrahan ke Surau Sementara yang agak lebih selesa buat
jemaah.
Banyak sumbangan berupa barangan keperluan surau, kitab-kitab,
buku-buku, sejadah dan
sebagainya disediakan, disumbangkan dan tidak lupa bantuan oleh saudara-saudara Islam
Indonesia kita yang mendirikan blok-blok tambahan. Beberapa aktiviti agama diadakan dengan
lebih teratur termasuk Sembahyang Tarawikh dan Jamuan More. Takbir hari
raya, pengajian
kelas agama (iqra') di samping tugas utama memastikan dan menyediakan perlaksanaan projek
pembinaan surau tetap berjalan lancar di tapak yang kita dirikan Surau
Al-Syumul sekarang.
Pihak AJK ingin mengucapkan syabas dan terimakasih kepada semua AJK Penaja Surau yang
terlibat kerana dengan komitmen dan kesungguhan kerja-kerja awal inilah terbinanya Surau
yang tersergam indah di Bandar Rinching ini.
Sekian. |
PESANAN IMAM GHAZALI
Riak,
takbur, bangga diri dan ego
adalah penyakit hati yang perlu diubati. Antara ubat yang paling mujarab ialah :
1. Apabila berjumpa kanak-kanak,
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak yang masih kecil
itu belum dibebani dengan sebarang dosa (sepertimana kita yang telah dewasa).
|
|
|