Sejarah Surau
Al-Syumul
bermula sejak dari
awal tahun 1997 yang ketika itu dikenali dengan nama Surau Sementara Bandar
Rinching.
Ianya wujud di atas kesedaran serta sikap bertanggungjawab penduduk setempat pada masa itu
yang mana majoritinya adalah beragama Islam. Kerjasama yang erat dan padu di kalangan
masyarakat akhirnya telah dapat mewujudkan Ahli Jawatankuasa surau yang berperanan secara
langsung ke arah pembinaan Surau Al-Syumul ini. |
|
|
Pembinaan Surau
Al-Syumul dibuat secara
kerjasama antara pihak AJK Surau dengan pihak pemaju perumahan iaitu Rhombus Sdn.
Berhad.
Sumbangan dalam bentuk material, kewangan dan sokongan moral daripada seluruh masyarakat
setempat amat menggalakkan. |
Bantuan dari segi material dan kewangan
datang mencurah-curah daripada orang ramai, disoking dengan semangat kekitaan serta
gotong-royong di kalangan masyarakat amat membantu dalam menjayakan pembinaan Surau
Al-Syumul ini. Sumbangan dari pihak pemaju perumahan juga memainkan peranan penting dalam
melaksanakan pembinaan surau ini. |
|
|
Penduduk Bandar Rinching amat menghargai dan
berterima kasih khususnya pemberian bahan binaan daripada pihak Rhombus Sdn.
Berhad. Tidak
dilupakan juga pihak-pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kewangan iaitu pihak
Baitulmal dan orang perseorangan. |
Dengan keizinan Allah
s.w.t., surau ini telah
siap pembinaannya sebelum bulan Ramadhan tahun 1998. Keseluruhan perbelanjaannya
dianggarkan lebih kurang RM 120,000.00. Penggunaan surau ini telah dilaksanakan sepenuhnya
pada bulan Ramadhan tahun 1998. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak AJK
Surau dan penduduk setempat Surau Al-Syumul akan dapat mengembangkan lagi syiar Islam di
negara kita di samping dapat mewujudkan semangat Ukhuwah Islamiah di kalangan masyarakat
Islam di Bandar Rinching. |
|
Semuga kita semua berada di dalam peliharaan
Allah s.w.t
AMIN
YARABBAL ALAMIN.
|