|
"Ke
Arah Pembentukan Generasi Al-Quran"
Sekolah Agama
Tahfiz ABIM ini telahpun ditubuhkan pada pertengahan
tahun 2000 dan baru saja memulakan sesi pengajiannya
pada awal tahun 2001. Sekolah ini diwujudkan dengan
tujuan untuk mendidik anak-anak masyarakat berteraskan
kepada pendidikan Al-Quran dan Asas Agama. Bagi
memperkemaskan pengurusannya ianya dikelolakan oleh
Syarikat Tafhim Enterprise dan berdaftar di bawah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berikut ini
adalah OBJEKTIF sekolah ini ditubuhkan :
- Kemahiran Al-Quran
(hafalan, bacaan, fahaman dan penghayatan).
- Sahsiah
dan budaya Islam (ibadat adab sopan dan perhubungan)
- Disiplin Al-Quran,
sunnah dan sirah.
- Ibadah fardu
yang betul
- Kemahiran jawi
dan bahasa Arab.
MATLAMAT :
- Membasmi buta
Al-Quran dikalangan kanak-kanak sebelum balilgh.
- Pengajian Al-Quran
kaedah 5M (membaca, menghafal, menulis, memahami dan
menghayati)
- Pengisian
ayat-ayat suci Al-Quran sebagai benteng kefahaman
dalaman murid.
- Latihan
hafalan, kecintaan, penghormatan dan gemar kepada
Al-Quran serta isinya.
SUKATAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- AL-Quran : 6
tahun (kaedah 5M, 1/3 Al-Quran dihafal dan 3 kali
khatam)
- Bahasa Arab
: 6 tahun (memahami bahasa Arab Rendah)
- Tulisan
Jawi : 2 tahun (mengeja, membaca dan menulis
jawi)
- Fardu Ain :
3 tahun (bersuci, ibadat, rukun Iman, rukun
Islam, akhlak dan adab-adab)
- Tajwid :
2 tahun (bacaan betul makhrajnya)
- Sirah
Rasulullah : 2 tahun (mengenal peribadi dan
panduan hidup muslimin)
- Tafsir Al-Quran
: 3 tahun (memahami kandungan surah-surah dalam
Al-Quran)
- Hadis 40 : 3
tahun (hafal hadis dan fahami kandungan)
- Seni Khat
dan Imlak : 3 tahun (menulis khat cantik dan
betul ejaan)
- Sukatan
Pelajaran JAIS : mengambil peperiksaan SPRA JAIS
di tahun 6
- Amali (sesi
petang) : Praktikal solat dan solat fardu Asar
dengan tunjuk ajar guru.
- Kegiatan
ko-kurikulum : Nasyid, syarahan, bercerita,
sajak, kuiz, majlis ihtifal dan hari penyampaian
hadiah diadakan tiap-tiap tahun.
PENGAJIAN
- 6 tahun
daripada tahun 1 hingga tahun 6
- mengikut
penggal persekolahan
- 5 hari
seminggu
BAYARAN
Yuran
Pendaftaran : RM 30.00
Yuran Bulanan : RM 30.00 sebulan
Yuran Peperiksaan : RM 10.00
Kad Kemajuan : 3.00
Buku teks
dan Latihan
Darjah 1
: RM 59.00 (termasuk Qiraati)
Darjah 2 : RM 33.90
Darjah 3 : RM 43.50
Darjah 4 : RM 40.60
Darjah 5 : Menggunakan buku teks JAIS
PAKAIAN
LELAKI :
Baju Melayu, Songkok Hitam dan samping bewarna
ungu*.
WANITA :
Baju kurung putih, kain warna ungu dan mini
telekong putih.
* Kelonggaran
akan diberikan bagi mereka yang menyimpan kain hijau.
NOTA
:
Untuk
keterangan lanjut berkenaan dengan sekolah ini bolehlah
hubungi AJK Berikut :
1. Tn. Hj.
Omar bin Parkan : 03-87232658
2. En. Sulaiman bin Kayat : 03-87230907 |
|