BERITA (HOME)

Berita dan Isu-isu semasa Al-Syumul

     

Pembukaan Sekolah Agama Tahfiz ABIM Bandar Rinching

"Ke Arah Pembentukan Generasi Al-Quran"

Sekolah Agama Tahfiz ABIM ini telahpun ditubuhkan pada pertengahan tahun 2000 dan baru saja memulakan sesi pengajiannya pada awal tahun 2001. Sekolah ini diwujudkan dengan tujuan untuk mendidik anak-anak masyarakat berteraskan kepada  pendidikan Al-Quran dan Asas Agama. Bagi memperkemaskan pengurusannya ianya dikelolakan oleh Syarikat Tafhim Enterprise  dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Berikut ini adalah OBJEKTIF sekolah ini ditubuhkan :

  1. Kemahiran Al-Quran (hafalan, bacaan, fahaman dan penghayatan).
  2. Sahsiah  dan budaya Islam (ibadat adab sopan dan perhubungan)
  3. Disiplin Al-Quran, sunnah dan sirah.
  4. Ibadah fardu yang betul
  5. Kemahiran jawi dan bahasa Arab.

MATLAMAT :

  1. Membasmi buta Al-Quran dikalangan kanak-kanak sebelum balilgh.
  2. Pengajian Al-Quran kaedah 5M (membaca, menghafal, menulis, memahami dan menghayati)
  3. Pengisian ayat-ayat suci Al-Quran sebagai benteng kefahaman dalaman murid.
  4. Latihan hafalan, kecintaan, penghormatan dan gemar kepada Al-Quran serta isinya.

SUKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • AL-Quran : 6 tahun (kaedah 5M, 1/3 Al-Quran dihafal dan 3 kali khatam)
  • Bahasa Arab : 6 tahun (memahami bahasa Arab Rendah)
  • Tulisan Jawi : 2 tahun (mengeja, membaca dan menulis jawi)
  • Fardu Ain : 3 tahun (bersuci, ibadat, rukun Iman, rukun Islam, akhlak dan adab-adab)
  • Tajwid : 2 tahun (bacaan betul makhrajnya)
  • Sirah Rasulullah : 2 tahun (mengenal peribadi dan panduan hidup muslimin)
  • Tafsir Al-Quran : 3 tahun (memahami kandungan surah-surah dalam Al-Quran)
  • Hadis 40 : 3 tahun (hafal hadis dan fahami kandungan)
  • Seni Khat dan Imlak : 3 tahun (menulis khat cantik dan betul ejaan)
  • Sukatan Pelajaran JAIS : mengambil peperiksaan SPRA JAIS di tahun 6
  • Amali (sesi petang) : Praktikal solat dan solat fardu Asar dengan tunjuk ajar guru.
  • Kegiatan ko-kurikulum : Nasyid, syarahan, bercerita, sajak, kuiz, majlis ihtifal dan hari penyampaian hadiah diadakan tiap-tiap tahun.

PENGAJIAN

  • 6 tahun daripada tahun 1 hingga tahun 6
  • mengikut penggal persekolahan
  • 5 hari seminggu

BAYARAN

Yuran Pendaftaran : RM 30.00
Yuran Bulanan : RM 30.00 sebulan
Yuran Peperiksaan : RM 10.00
Kad Kemajuan : 3.00

Buku teks dan Latihan

Darjah 1 : RM 59.00 (termasuk Qiraati)
Darjah 2 : RM 33.90
Darjah 3 : RM 43.50
Darjah 4 : RM 40.60
Darjah 5 : Menggunakan buku teks JAIS


PAKAIAN

LELAKI :
Baju Melayu, Songkok Hitam dan samping bewarna ungu*.

WANITA :
Baju kurung putih, kain warna ungu dan mini telekong putih.

* Kelonggaran akan diberikan bagi mereka yang menyimpan kain hijau.

NOTA :

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan sekolah ini bolehlah hubungi AJK Berikut :

1. Tn. Hj. Omar bin Parkan : 03-87232658
2. En. Sulaiman bin Kayat   : 03-87230907

 
 
 

Kembali 

 

Hakcipta 2000 © Surau Al-Syumul Bandar Rinching, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
All rights reserved. Site by : dzulnain@maxis.net.my

Latest update : Saturday, January 27, 2001 02:01:36 AM