Assalamualaikum
muslimin/muslimat,
Secebis
kisah untuk sama-sama kita buat pedoman dan panduan dalam menjalani
kehidupan kita sehari-hari. Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan
oleh Haji Mazlan Nasron(salah
seorang yang selalu menguruskan jemaah haji ditanah suci Mekah).
Selama hampir sembilan tahun menetap di
Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah
melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam
banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya
lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang
berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian
itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu
rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di
Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke
Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di
Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di sekolah agama gunung
semanggol, Perak. keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya
seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.
Walaupun masih muda, saya
ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji
dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi,
ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di lapangan terbang
Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. semuanya nampak riang sebab
itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya
membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.
Setiba di Madinah, semua
orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang
sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit dimana tanpa apa-apa sebab,
sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu
tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan
mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.
"kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang
sedang berlaku.
"badan dia panas dan menggigil.
kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke
hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat
wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak
jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat
penginapan masing-masing.
Sampai di hospital madinah, wanita itu
masih belum sedarkan diri. berbagai-bagai usaha dilakukan oleh
doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,
wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah
perlu saya teruskan. saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut
terlantar dihospital berkenaan. namun dalam kesibukan menguruskan jemaah,
saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita
tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak
sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak
sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman
pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. memandangkan usaha
untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke hospital
Abdul Aziz Jeddah untuk mendapat kan rawatan lanjut sebab pada masa itu
hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.
Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. kami bertolak
pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali
lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di hospital
King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut
masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil.
Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di
hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita
itu membuka matanya. Sari sudut matanya yang terbuka sedikit itu,
dia memandang ke arah saya, tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita
tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak.
Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan
pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut,
"kenapa kakak menangis? "Mazlan ...kakak taubat dah lan.
kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik.
Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak
bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita
itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.
Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia
berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh
kita semua.
Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah
berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa
pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan
ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh
dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak
pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"habis yang kakak pergi haji ini?"
"yalah...kakak tengok orang lain pergi
haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"jadi apa sebab yang kakak menangis
sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?"
tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat,wanita itu
menceritakan, "Mazlan...Allah itu maha besar, maha agung, maha
kaya. Semasa koma itu, kakak telah diazab dengan seksaan yang
benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama
ini.
"betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"betul Mazlan. semasa koma itu kakak telah
ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak.
Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. kakak rasa seperti
diazab di neraka.
"kakak ni seumur hidup tak pernah
pakai tudung. sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan
bara api. sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana
pedihnya. menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada
Allah.
"bukan itu saja, buah dada kakak pula
diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat drp bara api, kemudian
ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka. buah
dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. kakak
menjerit, menangis kesakitan. kakak masukkan tangan ke dalam
api itu dan kakak ambil buah dada tu balik."
Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu
terus bercerita. menurutnya lagi. Setiap hari dia diseksa, tanpa
henti, 24 jam sehari. dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau
dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab
yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air
mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya. "hari-hari
kakak diseksa. bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa
seperti nak tercabut kulit kepala. panasnya pula menyebabkan otak
kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang
amat sangat...tak boleh nak diceritakan."
Sambil bercerita, wanita itu terus meraung,
menangis teresak-esak. nyata dia betul-betul menyesal dengan
kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil
mendengar ceritanya. begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang
ingkar.
"Mazlan...kakak ni nama saja Islam,
tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah. Semasa tidak
sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu
makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
"bila ditelan saja buah-buah itu,
duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam
pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun
terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan
perut kita "habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi
pula makan bara-bara api. bila kakak masukkan saja bara api itu
ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini
tidak akan sama dengan kepanasannya.
"selepas habis bara api, kakak minta
minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari
nanah. baunya cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak
sangat dahaga. semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa,
tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu
dengan tekun. terasa sungguh kebesaran Allah.
"masa diazab itu, kakak merayu mohon
kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang
untuk hidup sekali lagi. tak berhenti-henti kakak memohon. kakak kata
kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.
Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh.
kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu.
benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. Kita manusia ini
tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka
baiklah balasan yang akan kita terima. Kalau buruk amalan kita, maka
azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah
menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"ini bukan mimpi mazlan. kalau mimpi
azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. kakak bertaubat mazlan,
kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. kakak
bertaubat...kakak
taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar
berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah
yang paling warak. amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau
wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib, dia cuma akan balik
ke biliknya semula selepas sembahyang Subuh.
"kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk
ni kenapa. kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas
sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi, berehat..."
tegur saya.
"tak apalah Mazlan. kakak ada bawa
buah kurma. bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."
menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia
mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. selain
itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu,
takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh
sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat
keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"tak boleh Mazlan. kakak takut...kakak
dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau.
kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
kakak betul-betul bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya,
katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung,
Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. cukuplah kakak seorang
saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam
kakak.
"semasa diazab, kakak tengok
undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam
yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka
dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok
sehelai rambut kakai ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"tapi mazlan, rambut kakak ini banyak
jumlahnya, beribu-ribu. ... kalau seorang tengok rambut kakak, ini
bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. kalau 10 orang tengok,
macam mana? kalau 100 orang tengok? itu sehari, kalau
hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah...
"kakak berazam, balik saja dari haji
ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang,
puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak ajak suami pergi haji.
Seperti mana kakak, suami kakak tu islam pada nama saja. tapi
itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi
kakak tak bimbing dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti
orang bukan islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar
lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. bagaimanapun, saya
percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah.
adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?
tidak. saya percaya dia bercakap benar. jika dia berbohong,
kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah
bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh
Allah dan nabi dalam Al-Quran dan Hadis. Adakah ia bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang
kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa
dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita
sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya
bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan.
aku menyesal"... itu dah terlambat.
|