BULETIN ONLINE 

BIL : 01/03/04/05/06/07/Main

 

Al-Syumul

Buletin

Aktiviti

Buku Pelawat

Laman Pilihan

Menu Utama
Bil 3     Februari '99

Syawal/Zulkaedah 1419H

Mimbar Al-Syumul | Sejarah Awal Al-Syumul | Mutiara Hadith

Nasihat Baginda Rasulullah s.a.w.

"Allah tidak akan memandang solat seseorang yang mana hati dan badannya tidak hadir di situ"

"Barang siapa solatnya tidak boleh mencegah kekejian dan kemungkaran, maka dia hanya bertambah jauh daripada Allah."

"Jika ada seorang keluar dari rumahnya menuju masjid, maka setiap langkah yang dilangkahkan akan dicatat sebagai kebajikan dan akan dihapuskan dosanya"


MAKLUMAN

KELAS PENGAJIAN DI SURAU AL-SYUMUL

1. Kuliah Tafsir Al-Quran
Hari Isnin
(selepas solat Maghrib)

2. Kuliah Aqidah
Hari Rabu
(selepas Solat Maghrib)

3. Kelas Tajwid
Hari Khamis
(selepas Solat Isya')

4. Kelas Bahasa Arab
Hari Isnin
(selepas Solat Isya')


BADAN KHAIRAT KEMATIAN
SURAU AL-SYUMUL

Badan Khairat Kematian telah ditubuhkan untuk jemaah qariah Bandar Rinching.
Kepada seluruh jamaah pendaftaran sebagai ahli adalah dialu-alukan.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila hubungi AJK di bawah :

1. En. Kamaruddin Salleh
(Pengerusi Surau) 03-8131293

2. En. Abdul Rahman Mohd Yusof
(
Tim. Pengerusi Surau)
03-8131542


3. En. Mohd Thani bin Ibrahim
(Setiausaha)
03-8131513
(Setiausaha)
03-8131513

4. En. Mohd Abdullah
(Pengerusi Biru Kebajikan)
03-8139039

mimbar
Assalamualaikum w.b.t.

Muslimin, Muslimat yang dirahmati dan diberkati Allah, khususnya jamaah kariah Bandar Rinching.

mimbar.gif (6137 bytes)

Bulan Ramadhan dan juga Syawal telahpun berlalu. Betapa kita pada malam-malam bulan Ramadhan itu bersama-sama memenuhi ruangan surau untuk beribadat dan mencari keredhan Nya, tambahan kepada ibadat puasa yang kita kerjakan di siang harinya. Alhamdulillah, segala ujian Ramadhan dapat kita atasi sepenuhnya, seterusnya merayakan kemenangan kita pada bulan Syawal.

Akan tetapi, prestasi cemerlang kita terhadap rumah Allah ini nampaknya semakin berkurangan, seolah-olah kunjungan ke rumah Allah hanyalah "kunjungan bermusim". Lantaran itu, Suara Al-Syumul kali ini mengajak tuan-tuan untuk mengimbas kembali kewajipan kita sebagai hamba Allah dan tugas kita yang sebenarnya (ketika diutus ke dunia) iaitu beribadat kepadaNya. Dan sebaik-baik serta selayak-layak tempat ibadat bagi seorang lelaki ialah di masjid atau di surau. Oleh itu marilah kita makmurkan kembali surau kita ini dan jangan jadikan diri kita sebagai salah seorang daripada orang yang memalapkan cahaya keceriaannya (dengan menguzurkan diri dari mengunjunginya).

- Insya Allah.

Dari Mimbar Al-Syumul.

PETIKAN HADITH

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w. :

  • Jauhilah perkara-perkara haram, nescaya kamu akan menjadi hamba yang paling taat.
  • Redhalah dengan apa yang Allah kurnikan kepada kamu nescaya kamu akan menjadi orang yang paling senang/kaya di kalangan manusia.
  • Berbuat baiklah kepada jiran, nescaya kamu akan menjadi mukmin sejati.
  • Cintailah sesuatu untuk berlaku kepada manusia sepertimana kamu suka perkara itu berlaku kepada kamu (begitu juga sebaliknya) nescaya kamu menjadi musli0m sejagi dan jangan kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa yang berlebihan akan mematikan hati.

(Hadith riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah)

sejarah
IMBASAN KEMBALI ........

Sejarah awal Surau Al-Syumul

Untuk keluaran kali ini ada eloknya dicoretkan sedikit sejarah latarbelakang Surau Al-Syumul Bandar Rinching Seksyen 1. Pembinaan sebuah tempat ibadah adalah dituntut dalam Islam demi meningkatkan syiar serta tuntutan agama khususnya bagi masyarakat Islam di tempat kita.

Sepengetahuan yang masih diingati, tempat asal Surau kita terletak di sebuah rumah sewa di Jalan 1/4B pada bulan November 1996. Walaupun ruangnya agak sempit tetapi ianya menjadi lambang permulaan solat berjemaah buat qariah kita. Pada masa itu umat Islam berada di ambang permulaan Ramadhan 1416 Hijrah. AJK penaja pada masa itu adalah terdiri daripada saudara Abdul Aziz Ibrahim selaku Pengerusi,Setiausaha saudara Abd. Rahman dan Bendahari saudara Syed Jobok. Ustaz dan imam pula terdiri dari Ustaz Kamaruddin dan Ustaz Abdul Halim Lebai Din. Beberapa AJK yang masih dapat diingati termasuklah saudara Jamalulail, pak Ali, Abang Rahim, abang Mustapha, saudara Thani, saudara Shafiee, saudara Ahmad Shawal dan saudara Noorzaimi.

Surau Al-Syumul bertukar tempat selepas beberapa hari bulan Ramadhan bermula ke kawasan rumah kedai di alamat No. 69, Jalan 1/1A, Bandar Rinching dengan kerjasama dari pihak pemaju Rhombus Bina. Maka bermulalah satu lagi penghijrahan ke Surau Sementara yang agak lebih selesa buat jemaah. Banyak sumbangan berupa barangan keperluan surau, kitab-kitab, buku-buku, sejadah dan sebagainya disediakan, disumbangkan dan tidak lupa bantuan oleh saudara-saudara Islam Indonesia kita yang mendirikan blok-blok tambahan. Beberapa aktiviti agama diadakan dengan lebih teratur termasuk Sembahyang Tarawikh dan Jamuan More. Takbir hari raya, pengajian kelas agama (iqra') di samping tugas utama memastikan dan menyediakan perlaksanaan projek pembinaan surau tetap berjalan lancar di tapak yang kita dirikan Surau Al-Syumul sekarang. Pihak AJK ingin mengucapkan syabas dan terimakasih kepada semua AJK Penaja Surau yang terlibat kerana dengan komitmen dan kesungguhan kerja-kerja awal inilah terbinanya Surau yang tersergam indah di Bandar Rinching ini.

Sekian.


PESANAN IMAM GHAZALI

Riak, takbur, bangga diri dan ego adalah penyakit hati yang perlu diubati. Antara ubat yang paling mujarab ialah :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak yang masih kecil itu belum dibebani dengan sebarang dosa (sepertimana kita yang telah dewasa).

utiara

Mimbar Al-Syumul | Sejarah Awal Al-Syumul | Mutiara Hadith | Kembali ke atas

MUTIARA HADITH

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w :

"Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya ketawa yang berlebihan akan mematikan hati"

Hadith Rasulullah s.a.w ini menerangkan kepada kita bahawa dalam kehidupan seharian, kita semua tidak terlepas dari mengalami saat gembira dan mencuit hati lantas terbit serta berderailah ketawa dari kita semua. Alhamdulillah, pujian bagiNya yang memberikan nikmat ketawa kepada kita.

Akan tetapi sesuatu yang perlu diingati sentiasa biarlah ketawa kita itu berada atau dibatasi selalu oleh had yang dibenarkan syara'. Kadang-kadang kita terlalu gembira sehingga ketawa terbahak-bahak, hatta di dalam masjid atau surau. Kemungkinan kita lupa bahawa ketawa yang berlebihan itu mematikan hati (kerana pada waktu itu kita terlalai seketika dari mengingati Allah.

Oleh itu setiap kali kita merasakan telah ketawa melebihi had yang sepatutnya, bersegeralah kepada ber ISTIGHFAR moga-moga Allah merahmati kita semua.

 

Mimbar Al-Syumul | Sejarah Awal Al-Syumul | Mutiara Hadith | Kembali ke atas

Developed by : E-Mail : azezul@tm.net.my