Bahawasanya bulan
Ramadhan itu adalah suatu bulan yang tinggi darjat dan
besar martabatnya di sisi Allah dan RasulNya, dan dia
juga menjadi penghulu segala bulan. Padanya Allah
memfardhukan puasa ke atas kaum Muslimin, dan
dicatitkannya sebagai wajib yang tidak boleh
ditinggalkan.
Firman Allah
Ta'ala :
"Wahai orang-orang
yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa,
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum
daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa." -
(Al-Baqarah : 183)
Di dalam bulan
Ramadhan juga, Allah s.w.t. telah menurunkan Kitab
SuciNya (Al-Quran) dan dipilih di antara malam-malamnya
suatu malam Lailatul-Qadr, yang mana ia adalah lebih
utama dari seribu bulan. Seribu bulan adalah kira-kira
83 tahun. Cuba anda renungkan kiraan itu, dan sematkan
di dalam fikiran, malam apakah itu yang dipandang oleh
Allah s,w.t. lebih baik dan lebih utama di masa yang
begitu panjang sekali.
Firman Allah
Ta'ala :
"Di dalam bulan
Ramadhan itulah diturunkan Al-Quran yang menjadi
petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari
penunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari
petunjuk itu dan yang membezakan (antara kebenaran dan
kesesatan)." - (Al-Baqarah :
185)
Kemudian Allah
Ta'ala berfirman pula :
"Sesungguhnya
Kami turunkannya (Al-Quran) pada
malam Lailatul-Qadr. Tahukan anda apa dia malam
Lailatul-Qadr. Lailatul-Qadr itu
lebih utama dari seribu
bulan." - (Al-Qadr :
1-3)
Menerusi firman
Allah Ta'ala di atas, kita maklum bahawa Al-Quran itu
telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia
diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul-Qadr sebagai
tanda khususiahnya.
Al-Quran mula
diturunkan sekaligus dari Luh Mahfuzh ke Baitul-Izzah di
langit dunia. dan sesudah itu diturunkan pula oleh
Jibril a.s ke atas Rasulullah s.a.w dengan perintah
Allah s.w.t. satu persatu dalam masa 23 tahun. Itulah
masa turunnya wahyu ke atas Rasulullah s.a.w. Baginda
menerima wahyu dari Allah Ta'ala ketika berumur 40
tahun, dan telah wafat pula ketika berumur 63 tahun.
Demikianlay menurut kata ulama muhaqqiqin dari para
salaf dan khalaf.
Mengenai kelebihan
bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang
bermaksud ::
"Bulan Ramadhan ke
bulan Ramadhan, dan hari Jumaat ke hari Jumaat dan satu
sembahyang ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa
diantara keduanya, selama dijauhi segala dosa
besar."
Bersabda Rasulullah
s.a.w mengenai bulan Ramadhan :
"Bulan
Ramadhan itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran
kesabaran ialah masuk syurga"
Sabdanya lagi
:
"Mulanya (bulan
Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya
merdeka dari api neraka"
Sesungguhnya Allah
Ta'ala kerap memerhatikan kaum Muslimin pada malam
pertama dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang mendapat
perhatian Allah ta'ala niscaya tidak disiksaNya. Dan
seterusnya dia mengampunkan mereka pada malam akhir dari
bulan Ramadhan.
Berkata Jibril
a.s kepada Nabi s.a.w :
"Sesiapa yang menemui bulan
Ramadhan sedang ia tiada diampuni Allah Ta'ala, niscaya
ia akan dijauhi Allah dari rahmatNya. Katakanlah amin!
Maka Rasulullah s.a.w. berkata : Amin"
Sebabnya begitu
ialah pada bulan Ramadhan lebih mudah dicetuskan
sebab-sebab mendapat pengampunan dari bulan-bulan yang
lain. Lantaran itu tiada seseorang yang diharamkan
memperoleh keampunan pada bulan itu, melainkan ia
terlalu banyak memalingkan diri dari Allah
Ta'ala, dan sangat berat penentangannya, maka sebab
itulah ia telah dijauhkan dan diusir dari pintu
Allah. |