BULETIN ONLINE (HOME) 

Bil 1      Disember '98

Syaaban/Ramadhan 1419H

Mimbar Al-Syumul | Fadhilat Ramadhan | Fadhilat Tarawih

Dosa bagi mereka yang meninggalkan solat 5 waktu

o S U B O H
Orang itu akan masuk neraka 30 tahun di akhirat atau 60000 tahun di dunia.
o Z O H O R
Dosanya sama dengan membubuh 1000 manusia Islam.
o A S A R
Dosanya sama dengan meruntuh Baitullah.
o M A G H R I B
Dosanya sama seperti berzina dengan ibu bapa sendiri.
o I S Y A K
ALLAH tidak meredhakan orang itu tinggal di bumi ini berbumbungkan langit serta makan minum dari nikmatNya.


surah2.gif (31587 bytes)

"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa".
(Al-Baqarah : 183)

mimbar
Assalamualaikum w.b.t.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah. Sesungguhnya tanpa disedari atau tidak, kita ditakdirkan oleh Allah s.w.t.  sebagai penerima dua nikmatNya yang paling berharga dunia dan akhirat. Nikmat tersebut ialah nikmat IMAN dan ISLAM dan nikmat UMUR yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita hingga ke saat ini.

mimbar.gif (6137 bytes)

Justeru itu, marilah kita sama-sama mengingati dan bersyukur di atas kedua-dua nikmat tersebut. Dan antara cara kita melahirkan kesyukuran kita kepada Allah ialah dengan memakmurkan rumahNya (masjid/surau/musalla).

Sempena dengan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama berubah, sama-sama berazam untuk memperbanyakkan langkah kita ke rumah Allah ini, dengan satu tujuan, dengan satu tanggungjawab sebagai individu muslim ":mengimirah/memakmurkan rumah Allah". - Insya Allah.


Akhir kata, marilah kita renungi maksud Hadis Rasulullah s.a.w. ini :


"Sebaik-baik manusia ialah orang yang makin panjang umurnya semakin banyak amalan kebaikannya, sementara serugi-rugi manusia ialah orang yang semakin panjang umurnya, semakin kurang amalan kebaikannya" - Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sekian. Wassalam.


fadhilat

Mimbar Al-Syumul | Fadhilat Ramadhan | Fadhilat Tarawih | Kembali Ke Atas 

Fadhilat Ramadhan

Bahawasanya bulan Ramadhan itu adalah suatu bulan yang tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah dan RasulNya, dan dia juga menjadi penghulu segala bulan. Padanya Allah memfardhukan puasa ke atas kaum Muslimin, dan dicatitkannya sebagai wajib yang tidak boleh ditinggalkan.

Firman Allah Ta'ala :

     "Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat yang sebelum daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa."
 -
(Al-Baqarah : 183)

Di dalam bulan Ramadhan juga, Allah s.w.t. telah menurunkan  Kitab SuciNya (Al-Quran) dan dipilih di antara malam-malamnya suatu malam Lailatul-Qadr, yang mana ia adalah lebih utama dari seribu bulan. Seribu bulan adalah kira-kira 83 tahun. Cuba anda renungkan kiraan itu, dan sematkan di dalam fikiran, malam apakah itu yang dipandang oleh Allah s,w.t. lebih baik dan lebih utama di masa yang begitu panjang sekali.

Firman Allah Ta'ala :

     "Di dalam bulan Ramadhan itulah diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari penunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan yang membezakan (antara kebenaran dan kesesatan)."
 -   (Al-Baqarah : 185) 

Kemudian Allah Ta'ala berfirman pula :

     "Sesungguhnya Kami  turunkannya (Al-Quran)  pada   malam  Lailatul-Qadr. Tahukan anda apa dia malam    Lailatul-Qadr. Lailatul-Qadr itu  lebih    utama   dari seribu bulan."  
-
  (Al-Qadr : 1-3)

Menerusi firman Allah Ta'ala di atas, kita maklum bahawa Al-Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul-Qadr sebagai tanda khususiahnya.

Al-Quran mula diturunkan sekaligus dari Luh Mahfuzh ke Baitul-Izzah di langit dunia. dan sesudah itu diturunkan pula oleh Jibril a.s ke atas Rasulullah s.a.w dengan perintah Allah s.w.t. satu persatu dalam masa 23 tahun. Itulah masa turunnya wahyu ke atas Rasulullah s.a.w. Baginda menerima wahyu dari Allah Ta'ala ketika berumur 40 tahun, dan telah wafat pula ketika berumur 63 tahun. Demikianlay menurut kata ulama muhaqqiqin dari para salaf dan khalaf.

Mengenai kelebihan bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud ::

     "Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan, dan hari Jumaat ke hari Jumaat dan satu sembahyang ke sembahyang yang lain menjadi penebus dosa diantara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar."

Bersabda Rasulullah s.a.w mengenai bulan Ramadhan :

      "Bulan Ramadhan  itu ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran ialah masuk   syurga"

Sabdanya lagi :

     "Mulanya (bulan Ramadhan) rahmat, tengahnya pengampunan, dan akhirnya merdeka dari api neraka"

Sesungguhnya Allah Ta'ala kerap memerhatikan kaum Muslimin pada malam pertama dari bulan Ramadhan. Sesiapa yang mendapat perhatian Allah ta'ala niscaya tidak disiksaNya. Dan seterusnya dia mengampunkan mereka pada malam akhir dari bulan Ramadhan.

Berkata Jibril a.s kepada Nabi s.a.w :

    "Sesiapa yang menemui bulan Ramadhan sedang ia tiada diampuni Allah Ta'ala, niscaya ia akan dijauhi Allah dari rahmatNya. Katakanlah amin! Maka Rasulullah s.a.w. berkata : Amin"

Sebabnya begitu ialah pada bulan Ramadhan lebih mudah dicetuskan sebab-sebab mendapat pengampunan dari bulan-bulan yang lain. Lantaran itu tiada seseorang yang diharamkan memperoleh keampunan pada bulan itu, melainkan ia terlalu banyak   memalingkan diri dari Allah Ta'ala, dan sangat berat penentangannya, maka sebab itulah ia telah dijauhkan dan diusir dari pintu Allah.

fadhilat2

 

Mimbar Al-Syumul | Fadhilat Ramadhan | Fadhilat Tarawih | Kembali Ke Atas 

Fadhilat Sembahyang Tarawih

Sabda baginda Rasulullah s.a.w   yang bermaksud :

   "Barang siapa yang mendirikan sembahyang tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas maka Allah s.w.t mengampuni dosanya yang telah lalu"

(maksud Al-Hadith yang diriwayatkan oleh Muslim)

Diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib Rodhiallah Huanhu, katanya : Telah ditanya oleh sahabat-sahabat akan Rasulullah s.a.w. apakah kelebihan Sembahyang Tarawih di bulan Ramadhan, maka jawabnya (yang bermaksud) :

Malam 1 Telah Keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, dosanya diampunkan oleh Allah.
Malam 2 Diampun dosa orang yang sembahyang Tarawih serta kedua ibubapanya, kiranya mereka orang yang beriman.
Malam 3 Berseru Malaikat di bawah arash supaya meneruskan sembahyang Tarawih berikutnya, semoh\ ga Allah s.w.t mengampuni dosa.
Malam 4 Diberi pahala sebahagian pahala orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
Malam 5 Dikurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjid Al-Haram, Masjid Al-Nabawi dan Masjid Al-Akhsa.
Malam 6 Allah s.w.t. mengurniakan pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitulmakmur 70 ribu malaikat sekali bertawaf serta setiap batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah s.w.t  mengampuni dosa orang yang bersembahyang tarawih pada malam itu.
Malam 7 Seolah-olah ia bertemu dengan Nabi Musa Alaihissalam serta menolongnya menentang musuh ketatnya iaitu Firaun dan Haman.
Malam 8 Dikurniakan pahala kepadanya sepertimana dikurniakan pahala kepada Nabi Allah Ibrahim (Khalilullah) Alaihissalam.
Malam 9 Seolah-olah ia menyembah Allah s.w.t sepertimana nabi-nabi Alaihissalatu Wassalam menyembah Allah s.w.t (iaitu dinaikkan darjat ibadatnya).
Malam 10 Allah subhanahu wataala mengurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 Keluar ia daripada dunia (mati) dalam keadaan bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (iaitu cahaya ibadat).
Malam 13 Datang ia pada hari kiamat dengan keadaan aman daripada tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 Datang Malaikat menyaksikan ia sembahyang serta Allah s.w.t tidak menyesatkan pada hari kiamat.
Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung arash bersalawat dan mendoa ke atasnya supaya Allah s.w.t mengampuninya.
Malam 16 Allah s.w.t tuliskan baginya lepas dari azab nereka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17 Diberi pahala sebanyak pahala nabi-nabi.
Malam 18 Hai Hamba Allah, sesungguhnya Allah s.w.t telah redha kepada engkau dan ibubapa engkat (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 Allah s.w.t tingkatkan dan tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 20 Dikurniakan kepadanya pahala sekalian mereka yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 Allah s.w.t. tingkatkan dan tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam 22 Datang ia pada hari Kiamat bebas daripada dukacita dan kerisauan (tidak di dalam keadaan huru hara di Padang Masyar).
Malam 23 Allah s.w.t. binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
Malam 24 Allah s.w.t memberi peluang akan 24 doa yang mustajab (elok berdoa di waktu subuh).
Malam 25 Allah s.w.t mengangkat daripadanya siksaan kubur.
Malam 26 Allah s.w.t memberi pahala ibadat selama 40 tahun.
Malam 27 Melintas atas titian hari kiamat seperti kilat yang menyambar.
Malam 28 Allah s.w.t mengangkat darjatnya seribu darjat di akhirat.
Malam 29 Allah s.w.t mengurniakan pahala seribu kali haji yang mabrur.
Malam 30 Hai hambaKu, makanlah segala jenis buah yang kamu hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil dan minumlah air daripada telaga nabi yang bernama Kausar.

Mimbar Al-Syumul | Fadhilat Ramadhan | Fadhilat Tarawih | Kembali Ke Atas 

Hakcipta 2000 © Surau Al-Syumul Bandar Rinching, Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
All rights reserved. Site by : azezul@tm.net.my

Latest update : Friday, January 26, 2001 12:50:43 PM