Thursday, January 11, 2001 02:50:04 PM   

KERTAS KERJA CADANGAN PERTUKARAN WEB SERVER DAN
 PENYELENGGARAAN KANDUNGAN LAMAN WEB  
PERSATUAN BEKAS PELAJAR MAKTAB SULTAN ABDUL HAMID  (SAHOCA)

KANDUNGAN :
  1. Pengenalan
  2. Objektif
  3. Rumusan Cadangan
    • Pertukaran Web Server Laman Web
    • Penyelenggaraan Kandungan Laman Web
  4. Skop Tugasan
  5. Perbelanjaan

 

 

1.    Pengenalan

Laman Web SAHOCA adalah sebuah laman web yang memaparkan maklumat berkenaan dengan aktiviti, sejarah dan isu-isu semasa Persatuan Bekas Pelajar Maktab Sultan Abdul Hamid. Ianya telah dibangunkan pada 1hb. Disember 1999 dan juga telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 5hb. Disember 1999, sempena Jamuan Makan Malam tahunan persatuan ini. Dengan adanya Laman Web ini segala maklumat berkenaan dengan persatuan dapat di perolehi dan dicapai oleh setiap ahli persatuan dengan mudah melalui Internet. Alamatnya adalah  http://www.sahoca.org.my/

2.    Objektif

Objektif kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pertukaran Web Server Sahoca dan penyelenggaraan isi kandungan Laman Web SAHOCA.

3.      Rumusan Cadangan

         A.     Pertukaran Web Server Laman Web

'Web Server' adalah lokasi ataupun tapak di mana fail-fail sesuatu Laman Web itu di simpan. Sebelum ini fail-fail Laman Web Sahoca di simpan di Web Server Utusan Multimedia dan Domain Name didaftarkan melalui MYNIC. Mengikut perjanjian, Web Server dan Domain Name (http://www.sahoca.org.my/) ini hanya boleh digunakan selama setahun bermula daripada masa pendaftaran. Pada bulan Disember 1999 tempoh ini telahpun tamat dan kini Laman Web Sahoca yang beralamat http://www.sahoca.org.my/ tidak boleh di capai samasekali oleh para pelawat.

Cadangan dan Tindakan :

Untuk Web Server yang baru server IPXCESS SDN. BHD. adalah lokasi yang ingin dicadangkan.  Antara sebabnya adalah kerana perkhidmatan yang diberikan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Utusan Multimedia dan terdapat banyak kemudahan terhadap penggunaan Web Servernya . Berikut ini adalah antara kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh IPXCESS SDN. BHD. jika dibandingkan dengan Utusan Multimedia.

PERKHIDMATAN 

IPXCES SDN. BHD

UTUSAN MULTIMEDIA

Web Hosting Fee 

RM 400.00

RM 360.00 

Setup Fee 

FREE

FREE 

Web Space 

30MB

30MB 

Own Script Support/CGI-BIN 

Yes

Yes 

Hits and Transfer 

Unlimited

Unlimited 

E-Mail Aliases and Fowarding 

Unlimited 

Autoresponder 

Yes 

No 

FTP Account 

Yes 

Yes 

SSI Server Side Include 

Yes 

No 

PERL5 Script Support 

Yes 

Yes 

ASP Active Server Pages 

Yes 

No 

ODBC Database Connection 

Yes 

No 

Frontpage 98/2000 Extension Support 

Yes 

No 

Web Based E-Mail 

Yes 

Yes 

Daily Web Statistic report 

Yes 

No 

E-Mail Support 

Yes 

Yes 

IPXCESS.COM ini juga memberi kemudahan E-Mail yang tidak terhad kepada penyewanya. Contoh email :

chairman@sahoca.org.my
secretary@sahoca.org.my
webmaster@sahoca.org.my

Walaupun kemudahan E-Mail ini tidak terhad ianya tidak boleh diberikan secara percuma kepada para ahli. Ini disebabkan saiz server yang diberikan hanya 30MB.  Oleh itu dicadangkan, sekiranya terdapat ahli yang ingin menggunakan kemudahan e-mail Sahoca ini mereka perlulah membayar RM 50.00 sebagai tambahan kepada saiz server sebanyak 5MB.

Dicadangkan, dengan tambahan 5MB ini hanya 4MB sahaja yang diberikan kepada ahli dan 1MB lagi  digunakan untuk kegunaan Laman Web Sahoca.   Oleh itu setiap ahli yang mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan ini 1MB saiz server dapat di tambah.  

Walaubagaimanapun untuk 3 alamat e-mail yang di atas (chairman, secretary dan webmaster) ianya boleh diberikan secara percuma dengan menggunakan sebahagian daripada peruntukan saiz 30MB yang sedia ada.  

  Proses Pendaftaran

Proses Pendaftaran untuk Web Hosting di IPXCESS SDN. BHD. memakan masa lebih kurang seminggu.  Berikut ini adalah langkah-langkah yang perlu diambil untuk proses ini : 

Proses

Tindakan 

1. Mengisi borang pendaftaran

Sahoca & Dzulkarnain 

2. Membuat pembayaran kepada IPXCES SDN. BHD

Sahoca 

3. Pertukaran lokasi server bagi DOMAIN NAME 

IPXCESS.COM & MYNIC 

4. Menerima Invois daripada MYNIC 

Sahoca 

4. Membuat pembayaran kepada MYNIC

Sahoca 

5. Penyalinan Fail-Fail laman web Sahoca ke Server  IPXCESS SDN. BHD.

Dzulkarnain

         
        B.       Proses kemaskini kandungan Laman Web Sahoca

Laman Web Sahoca ini perlu dikemaskini dari masa ke semasa supaya ianya menjadi Laman Web yang 'up-to-date' dan sentiasa menyiarkan berita-berita terkini. Untuk melaksana program ini satu Jawatankuasa Khas perlulah dibentuk. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk menyediakan kandungan dan mencari bahan-bahan yang ingin dimasukkan ke dalam Laman Web. Berikut ini adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk proses kemaskini Laman Web yang lebih sistematik :

    1. Pihak Jawatankuasa Laman Web Sahoca perlulah merancang apa yang ingin di kemaskini.
    2. Pastikan bahagian mana yang ingin dikemaskini.
    3. Dapatkan bahan yang ingin dimasukkan.
    4. Adakan perbincangan dengan 'Webmaster' .
    5. 'Webmaster' akan menerangkan dan memberitahu apa akan beliau lakukan.
    6. Cadangan dari 'Webmaster' ini akan dipersetujui oleh Jawatankuasa.
    7. Webmaster akan memasukkan kandungan baru Laman Web yang ingin dikemaskini mengikut bahagian yang tertentu.

Nota :

Jawatankuasa Laman Web Sahoca ini perlulah memberi kerjasama untuk mengikut perancangan yang disediakan dan sentiasa berbincang dengan 'Webmaster' supaya apa yang dilakukan oleh 'Webmaster' dipersetujui sepenuhnya oleh mereka. Kegagalan proses ini akan melambatkan proses kemaskini dan mungkin juga akan membuatkan proses kemaskini ini tidak dapat dilakukan.

4.      Skop Tugasan

           Berikut ini adalah skop tugasan bagi proses penyelenggaraan Web Server dan
           kandungan Laman Web Sahoca :

          A.  Penyelenggaraan Web Server 

  1. Mengemaskini data-data yang terdapat di dalam Web Server.
    Contoh : Guestbook.
    Data-data guestbook biasanya akan bertambah dari masa ke semasa. Oleh itu ianya perlulah di selenggarakan agar persembahannya akan lebih menarik dan mudah untuk di capai oleh setiap pelawat.
  2. Menyediakan Panduan Pengguna untuk setiap ahli yang ingin menggunakan perkhidmatan E-Mail. Panduan pengguna ini akan menerangkan cara-cara untuk menyelenggara kemudahan E-Mail ini di komputer peribadi masing-masing.
  3. Menyediakan E-Mail ID bagi setiap ahli yang ingin menggunakan perkhidmatan E-Mail Sahoca.
  4. Membuat perbincangan bersama Jawatankuasa Sahoca tentang perangkaan dan bilangan pelawat laman web Sahoca.
  5. Membentang Laporan Statistik mengenai Laman Web Sahoca kepada Jawatankuasa Sahoca dari masa ke semasa.
  6. Memantau kandungan-kandungan Laman Web terutama sekali yang mempunyai data yang dimasukkan oleh para pelawat.

B.  Penyelenggaraan Kandungan Laman Web

  1. Menyediakan contoh design bagi setip kandungan yang ingin dikemaskini.
  2. Memasukkan 'banner' tertentu mengikut jenis perayaan ataupun isu-isu semasa.
    Contoh : 'Banner' untuk ucapan Selamat Hari Raya dan Tahun Baru.
  3. Membuat perbincangan ('Brainstorming') bersama Jawatankuasa Sahoca dari masa ke semasa.
  4. Mengemaskini maklumat yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Khas Laman Web Sahoca ke dalam Web Server.
  5. Memantau dan memastikan Laman Web Sahoca akan sentiasa boleh di capai oleh para pelawat.
  6. Memantau dan menyelenggara Kumpulan Perbincangan (E-Groups).

5.         Perbelanjaan

No Keterangan Kos (RM) Tempoh Perkhidmatan
A PERTUKARAN WEB SERVER     
1 Web Hosting di IPXCESS SDN. BHD.  400.00 Setahun
2 Pendaftaran Domain Name di MYNIC
(www.sahoca.org.my)
100.00 Setahun
3 Penyelenggaraan Web Server 
Nota :
Perbelanjaan ini adalah bagi berdasarkan kepada Skop Tugasan seperti tersebut di atas. 
2400.00
(@RM 200 sebulan)

Setahun

- JUMLAH
Bayaran hendaklah dibuat kepada :
DZULKARNAIN BIN IDRIS
2900.00 -
B PENYELENGGARAAN KANDUNGAN LAMAN WEB    
1 a. Setiap 1 mukasurat tambahan (Saiz A4)

Nota :
Proses ini hanya untuk penambahan atau perubahan terhadap tajuk-tajuk yang telah sedia ada di dalam Laman Web dan tidak untuk tajuk-tajuk baru yang melibat perubahan ketara (major) dan keseluruhan perubahan terhadap struktur fail. 

Jumlah bayaran untuk perkhidmatan ini bergantung kepada jumlah bilangan mukasurat yang dikemaskini dari masa ke semasa. 

 

50.00
80.00

 

Softcopy
Hardcopy

kembali ke atas

Disediakan Oleh :
DZULKARNAIN BIN IDRIS
No. 7, Jalan 1/7, Bandar Rinching Seksyen 1,  43500 Semenyih Selangor Darul Ehsan.
03-87230787, 012-2832830      E-Mail : azemah68@tm.net.my