top

 

Al-Syumul

Buletin

Aktiviti

Buku Pelawat

Laman Pilihan

Menu Utama

Kata Aluan Pengerusi Surau | Sejarah Surau | Ahli Jawatankuasa | Badan Khairat Kematian | Kelas Pengajian

Sejarah Surau Al-Syumul

Sejarah Surau Al-Syumul bermula sejak dari awal tahun 1997 yang ketika itu dikenali dengan nama Surau Sementara Bandar Rinching. Ianya wujud di atas kesedaran serta sikap bertanggungjawab penduduk setempat pada masa itu yang mana majoritinya adalah beragama Islam. Kerjasama yang erat dan padu di kalangan masyarakat akhirnya telah dapat mewujudkan Ahli Jawatankuasa surau yang berperanan secara langsung ke arah pembinaan Surau Al-Syumul ini.

Pembinaan Surau Al-Syumul dibuat secara kerjasama antara pihak AJK Surau dengan pihak pemaju perumahan iaitu Rhombus Sdn. Berhad. Sumbangan dalam bentuk material, kewangan dan sokongan moral daripada seluruh masyarakat setempat amat menggalakkan.
Bantuan dari segi material dan kewangan datang mencurah-curah daripada orang ramai, disoking dengan semangat kekitaan serta gotong-royong di kalangan masyarakat amat membantu dalam menjayakan pembinaan Surau Al-Syumul ini. Sumbangan dari pihak pemaju perumahan juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan pembinaan surau ini.
Penduduk Bandar Rinching amat menghargai dan berterima kasih khususnya pemberian bahan binaan daripada pihak Rhombus Sdn. Berhad. Tidak dilupakan juga pihak-pihak yang bermurah hati memberi sumbangan kewangan iaitu pihak Baitulmal dan orang perseorangan.
Dengan keizinan Allah s.w.t., surau ini telah siap pembinaannya sebelum bulan Ramadhan tahun 1998. Keseluruhan perbelanjaannya dianggarkan lebih kurang RM 120,000.00. Penggunaan surau ini telah dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Ramadhan tahun 1998. Dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pihak AJK Surau dan penduduk setempat Surau Al-Syumul akan dapat mengembangkan lagi syiar Islam di negara kita di samping dapat mewujudkan semangat Ukhuwah Islamiah di kalangan masyarakat Islam di Bandar Rinching.

Semuga kita semua berada di dalam peliharaan Allah s.w.t

AMIN YARABBAL ALAMIN.

Kata Aluan Pengerusi Surau | Sejarah Surau | Ahli Jawatankuasa | Badan Khairat Kematian | Kelas Pengajian | Kembali Ke Atas